Hati-Hati, Masa Era Dajjal Sudah Tampak

Dajal adalah makhluk yang akan mendatangkan malapetaka yang dahsyat pada akhir zaman. Kita memfokuskan mengenai Dajal karena Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim; “Antara kejadian Adam dan kejadian hari kiamat, tidak ada kejadian yang lebih dahsyat daripada Dajjal.”

Kalimat Dajal berasal danipada kalimat dajala yang bermaksud ‘yang menutup’. Mengikut kamus Lisanul Arab, kalimat ini digunakan kerana Dajal adalah pendusta yang menutup kebenaran dengan kebatilan. Dia juga menutupi dunia dengan kesesatan bersama-sama dengan pengikutnya. Di samping itu Dajal akan mendatangkan huru-hara dan pancaroba yang dahsyat di muka bumi dan Nabi SAW menceritakan semua ini melalui hadis-hadis baginda.

Berikut adalah sebuah analisa dan kajian bekaitan dajal sepertimana yang termaktub di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w.

  1. Nabi SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad; “Apabila Dajal datang, mata kanannya adalah buta dan mata kirinya akan bersinar seperti bintang.” Berhubung dengan mata Dajal, memandangkan Nabi SAW sering mengaitkan bahagian kanan dengan kebaikan, keadaan mata Dajal yang buta di sebelah kanan menunjukkan dia tidak mementingkan aspek kerohanian sama sekali. Segala tindakannya adalah untuk kepentingan duniawi.
  2. Nabi SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abmad; “Di dahi Dajal akan tertulis kalimat kafir Ia akan dapat dibaca oleh setiap Muslim, sama ada yang buta huruf ataupun tidak.” Kalimat kafir ini bukanlah dalam bentuk tulisan sebaliknya cara hidup. Pada hari ini golongan kafir di Barat cuba menyesatkan manusia dengan agama dan falsafah hidup mereka yang kafir. Sebahagian manusia akan tertipu dengan mereka tetapi umat Islam yang benar-benar beriman akan mengenali kesesatan mereka berdasarkan kebenaran al-Quran walaupun mereka daripada kalangan orang yang buta huruf. Hanya ilmu dan keimanan (kepada Allah) yang tinggi sahaja akan dapat mengelakkan kita daripada kejahatan dan tipu daya dajal. Dengan keimanan dan ilmu sahajalah kita dapat mengenal yang mana baik dan yang mana buruk serta kekafiran. Kerana itulah, mereka yang buta pun akan dapat melihat jika mempunyai ilmu dan iman yang tinggi.
  3. Nabi SAW bersabda; “Dan Dajal akan menyembuhkan orang buta, pesakit kusta dan menghidupkan orang yang mati” (Dalam Kanzul Ummal, jil. 7, hal. 2080). Teknologi perubatan Dajal dan fenomena hari ini telah dan akan menjadi begitu canggih sehingga mampu menyembuhkan penyakit yang selama ini tidak dapat disembuhkan. Lebih daripada itu pemindahan organ termasuk jantung juga berjaya dilakukan sehingga manusia yang sudah tidak ada harapan untuk hidup dapat terus hidup. Pada hari ini terdapat sebahagian pesakit yang mengalami koma dan boleh dianggap sudah mati tetapi dengan menggunakan alat sokongan hayat, mereka berjaya ‘dihidupkan’. Teknologi seperti ini telah diledakkan oleh Barat.
  4. Nabi SAW bersabda; “(Kelajuan perjalanan Dajal) adalah seperti awan yang dipukul angin.” (Riwayat Muslim dan Tirmizi). Dalam riwayat yang lain baginda bersabda; “Dajal akan mengenderaani keldai. Jarak antara kedua telinganya adalah tujuh puluh ela.” (Riwayat Baihaqi). Baginda juga bersabda; “Dajal akan melompat antara langit dan bumi.” (Riwayat Abu Daud). Sistem pengangkutan yang wujud pada hari ini dengan kapal terbang dan jetnya menepati sabda-sabda baginda yang terdapat dalam hadis ini. Jet-jet pejuang Amerika dan sekutu-sekutunya di Barat telah mendatangkan malapetaka yang dahsyat kepada Iraq, Afghanistan dan negara-negara lain. Teknologi dalam bidang ini dikuasai oleh Barat.
  5. Nabi SAW bersabda; “Dajal akan mengarahkan langit dan langit akan menurunkan hujan dan dia akan mengarahkan bumi dan bumi akan mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.” (Riwayat Muslim dan Tirmizi). Teknologi yang wujud pada hari ini mampu ‘mencipta’ hujan. Daily Telegraph, London, bertanikh 20 Ogos 1969 melaporkan, kristal silver iodine digunakan di padang pasir supaya menurunkan hujan. Kristal yang sama juga pernah digunakan bagi meredakan kekuatan ribut taufan seperti yang dilakukan ke atas taufan Hurricane Debris dan Hurricane Esther. Selain itu, hujan dan tumbuh-tumbuhan juga dikaitkan dengan sumber kehidupan atau lebih tepat lagi makanan. Pada masa ini, mereka (Negara) berkuasa besar dengan sewenang-wenangnya dan mudah boleh saja pada bila-bila masa menyekat kemasukan bekalan makan kepada pihak-pihak atau Negara tertentu. Mereka juga boleh memberikan kekayaan kepada pihak-pihak tertentu. Contohnya seperti Iraq dan Afghanistan. Selain itu, bantuan kepada Israel memerangi Palestine juga adalah satu lagi petunjuk.
  6. Nabi SAW bersabda; “Dajal akan datang dan sebelah Timur. Tujuannya adalah menghancurkan Madinah….” (Riwayat Bukhani dan Muslim). Kawasan yang banyak menerima padah kesan daripada tindakan ganas golongan Barat adalah Negara-negara Timur, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sebagai contoh, penjajahan yang berlaku selepas selesai perang dunia kedua kebanyakannya melibatkan negara-negana Timur. Negara-negara Arab di Timur Tengah terus diancam oleh anak emas Amerika, iaitu Israel. Rakyat Palestin, hidup dalam penderitaan yang berterusan selepas penubuhan negara Israel pada tahun 1948. Israel tertegak dengan bantuan Britain dan sekutu-sekutunya di Barat. Afghanistan diserang oleh Amerika demikian juga Iraq. Negara-negara teluk yang kaya dengan minyak menjadi daya tarikan kepada kuasa-kuasa besar Barat. Akhirnya agama Islam menjadi sasaran serangan mereka.
  7. Nabi SAW bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Muslim: “Tujuh puluh ribu golongan Yahudi dan Isfahan akan mengikut Dajal…” Golongan Yahudi akan menjadi tentera Dajal yang amat penting pada akhir zaman dan hal ini menjadi kenyataan pada hari ini. Golongan Yahudi berada di banyak tempat strategik di dunia di samping menjadi anak emas kepada Amerika. Perkembangan semasa menunjukkan kuasa besar Amerika berada di bawah telunjuk Israel. Bekas senator Amerika, J. William Fuibright pada tahun 1973 telah menegaskan, kongres Amerika sebenarnya dikawal oleh Israel. Presiden George Prescott Bush mengakui pada tahun 1991 bahawa atas desakan Israel, beliau terpaksa memberi bantuan bernilai $10 bilion kepada negara itu. Fakta-fakta ini didedahkan oleh Andrew Hurley dalam bukunya yang bertajuk One Nation Under Israel.
  8. Nabi SAW bersabda; “Dajal akan melalui segolongan manusia dan menyeru mereka (supaya mengikutnya) tetapi mereka menolak seruannya. Selepas Dajal meninggalkan mereka, pada keesokan paginya, mereka mendapati segala harta benda yang mereka miliki luput daripada mereka…” (Riwayat Muslim dan Tirmizi). Dajal menuntut ketaatan mutlak kepadanya tanpa berbelah bagi. Dalam akhbar Philadelphia Inquirer bertanikh 13 September 2002, David Perimutter dalam artikelnya Give War A Chance memberi amaran, mereka yang tidak mahu mengikut rentak Washington ‘perlu bersedia menerima padahnya dalam bentuk kemusnahan industri minyak, markas ketenteraan, serta pejabat-pejabat kerajaan.. Akan berlaku kehancuran ke atas kerajaan dan sistem ekonomi negara itu selama satu generasi.’ Salah satu strategi utama Dajal bagi menekan musuh-musuhnya adalah dengan mengenakan sekatan ekonomi. Contoh yang paling baik adalah Iraq. Bekas Penolong SetiausahaAgung Bangsa Bangsa Bersatu, Denis Halliday berkata, sekatan ekonomi ke atas Iraq yang bermula pada tahun 1990 menyebabkan 5-6 ribu kanak-kanak di bawah umur lima tahun mati setiap bulan. Pada bulan April 1998, Unicef pula melaporkan lebih kurang 90,000 kanak-kanak di Iraq meninggal dunia setiap tahun sejak sekatan ekonomi dikenakan.
  9. Nabi SAW bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi; “Dajal akan melalui suatu kawasan dan berkata; “Keluarkan segala perbendaharaanmu dan segala perbendaharaan itu akan mengikut Dajal sebagaimana lebah mengikut ketuanya.” Sejarah menunjukkan selepas tamat perang dunia kedua, pihak penjajah telah mengambil banyak hasil bumi negara yang dijajah oleh mereka. Sebagai contoh, mengikut Enver Masud, penulis buku ‘War on Islam’, antara tahun 1891 hingga 1991, Eropah telah mengeksploitasi getah asli serta gading yang terdapat di negara Congo dan proses itu menyebabkan lebih kurang 10 juta orang Afrika terkorban. Keghairahan Barat menguasai hasil bumi negara lain masih berterusan hinggalah pada zaman pasca kolonialisme ini. Antara perbendaharaan bumi yang amat berharga pada abad ke-20 adalah minyak. Justeru ia menjadi bahan buruan kuasa-kuasa besar Barat. Sebágai contoh, berhubung dengan serangan Amerika ke atas Afghanistan pada tahun 2002, Pepe Escobar dalam artikelnya yang bertajuk Pipelineistan, Part 1: The Rules Of The Game yang dimuatkan dalam Asia Times berkata; “Serangan melawan keganasan? Mungkin tidak. Sebenarnya tujuan utamanya adalah minyak.” Pada penghujung tahun 2002, Amerika bersiap sedia menyerang Iraq. Akhbar The Sydney Morning Herald bertarikh 31 Oktober 2002 melaporkan; “Ketua Eksekutif British Petroleum, Lord Browne telah memberi amaran kepada Washington supaya tidak memonopoli minyak yang bakal dikuasainya selepas perang…. Kenyataan Lord Browne mi menunjukkan isu yang paling penting bagi Amerika adalah menguasai minyak Iraq supaya diserahkan kepada syarikat ExxxonMobil…” Dalam The Dubya Report bertarikh 29 Oktober 2001, di bawah tajuk You’ve Got to Go Where the Oil Is, Dick Cheney sebagai pengerusi syarikat minyak Halliburton dilaporkan berkata pada tahun 1998; “Anda perlu pergi menguasai tempat yang ada minyak.” Pada hari ini Dick Cheney adalah Timbalan Presiden Amerika.
  10. Nabi SAW bersabda; “Sesungguhnya Dajal akan membawa air dan api. Apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya ia adalah api yang membakar. Apa yang dilihat sebagai api sebenarnya itu adalah air yang sejuk lagi lazat…. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dajal sebagai pendusta akan memalsukan hakikat dan kebenaran sesuatu perkara bertujuan mengelirukan masyarakat di dunia. Pada akhir zaman, media massa dalam bentuk TV, akhbar, majalah, video, cakera padat dan sekarang internet akan menjadi alat penting demi mencapai tujuan ini sehingga, secara simbolik, api yang panas lagi berbahaya akan kelihatan seperti air yang sejuk dan begitulah sebaliknya. Sebagai contoh, apabila berlaku tragedi 11 September 2001, media massa di Barat menonjolkan Islam sebagai agama keganasan walaupun tidak terdapat sebarang bukti yang menyokong pandangan itu. Golongan Yahudi memanfaatkan suasana itu, justru rakyat Palestina yang selama ini ditindas dan dizalimi berjaya ditonjolkan sebagai pengganas dan sebaliknya pengganas rejim Yahudi ditonjolkan. sebagai mangsa keganasan. Berhubung dengan isu ini wartawan akhbar Independent, London yang terkenal, Robert Fisk ketika menyampaikan ucapannya di Universiti Concordia pada 17 November 2002 berkata; “Ucapan saya pada malam mi tidak berkaitan dengan bahaya kewartawanan sebaliknya saya ingin bercakap berkenaan bahaya yang diwujudkan oleh kewartawanan. (Bahaya ini lahir) hasil tindakan melaporkan kenyataan-kenyataan rasmi pihak kerajaan yang mengelirukan tanpa tapisan di samping menerima tanpa persoalan kehendak golongan atasan… Sejak dan awal lagi melalui tulisan-tulisan saya dalam akhbar Independent, saya mengatakan peperangan yang berlaku sekarang bukan bertujuan menghapuskan keganasan sebaliknya menghancurkan musuh-musuh Amerika dan mungkin juga musuh-musuh Israel.”
  11. Nabi SAW bersabda; “Dajal akan membawa sesuatu seumpama syurga dan neraka. Syurga Dajal adalah neraka dan aku mengingatkan mengenainya sebagaimana nabi Noh mengingatkan kaumnya mengenainya” (Riwayat Bukhani dan Muslim). Dalam riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda; “Demi Allah, seorang lelaki akan mendatangi Dajal dengan sangkaan bahawa dia (Dajal) seorang yang beriman. Kemudian lelaki itu akan mengikut Dajal kesan daripada keraguan yang ditimbulkan oleh Dajal” (Riwayat Abu Daud). Perkataan syurga dan neraka biasanya dikaitkan dengan agama Islam, Kristian dan Yahudi ketika memperkatakan mengenai hari pembalasan. Hadis mi menunjukkan Dajal akan menggunakan isu syurga, neraka serta agama bagi mengembangkan pengaruh sesatnya. Dengan berkembangnya pengaruh kristianisasi pada hari ini, hadis mi menjadi kenyataan. Golongan Kristian pada hari ini sedang menumpukan dakwah mereka di negara-negara yang berada di kawasan yang mereka istilahkan sebagai Tingkap 10/40. Tingkap 10/40 adalah negara-negara yang terletak antara 10 ke 40 darjah di sebelah utara khatulistiwa dan ia merangkumi negara-negara Afrika Utara, Timur Tengah, India, China dan Asia Tenggara. Penggerak-penggerak projek mi berpendapat, daripada enam bilion manusia yang terdapat di dunia pada hari ini, dua bilion sudah menganut agama Kristian, dua bilion yang lain berada di kawasan yang mudah didekati dan yang baki dua bilion berada di kawasan yang terpencil. 90% daripada golongan yang terpencil ini berada di kawasan Tingkap 10/40, justeru mereka menjadikan kawasan ini sebagai sasaran mereka. Antara pendekatan yang mereka gunakan adalah menimbulkan kekeliruan mengenai kebenaran agama Islam sedangkan agama mereka sendiri dipenuhi dengan seribu satu kekeliruan. Kesungguhan golongan Kristian menghancurkan Islam menjadi semakin jelas dengan pelancaran satu lagi projek yang dikenali sebagai The Stealth Crusade. Projek ini dilancarkan dengan tujuan menarik masyarakat Islam kepada Kristian dan sekali gus menghancurkan agama Islam. Perkara ini disebutkan dalam laporan yang dimuatkan dalam MotherJones.com bagi bulan Mei/Jun 2002; “di bawah projek Stealth Crusade, pendakwah-pendakwah Kristian dilatih cara bergerak dalam dunia Islam untuk mengkristiankan golongan Islam. Matlamat mereka: Memusnahkan Islam.”
  12. Nabi SAW bersabda; “Ujian Dajal yang paling hebat adalah apabila dia mendatangi seorang Arab dan berkata; “Jika aku dapat hidupkan untamu adakah kamu akan mempercayai aku tuhanmu?” Lelaki itu menjawab; “Ya” Seorang lelaki yang kematian abang dan bapa akan ditemui Dajal dan dia akan berkata; “Jika aku dapat hidupkan bapa dan abangmu adakahkamu akan mempercayai aku tuhanmu?” Lelaki itu menjawab; “Ya”. Maka syaitan akan mencipta sesuatu yang menyerupai bapa dan abangnya” (Dalam himpunan hadis MisykatulMasabih jil).

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: